PUTERI ISLAM SMK SULTAN MANSOR SHAH
Khamis, 28 Julai 2011
Jumaat, 15 Julai 2011
PROGRAM PENGHAYATAN DOA DALAM KEHIDUPAN REMAJA ISLAM OLEH USTAZ ABD.GHANI BIN AHMAD ZAIGHU
Khas Untuk Puteri-puteris Islam SMKSMS
Assalamulaikum,
Berakhir sudah segala aktiviti bagi tahun 2011, namun segala program yang dijalankan akhirnya membuahkan kejayaan. Segala kejayaan yang diperoleh merupakan usaha dan komitmen yang dilakukan bersama-sama. Tahniah cikgu ucapkan kerana Puteri Islam kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dalam acara perbarisan badan berunifom sempena Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah di samping memperoleh tempat pertama dalam acara badwood cooking, memperoleh persembahan terbaik dalam program yang dijalankan sempenan Hari Kokurikulum dan mendapat tempat ke tiga dalam petandingan kawad kaki. Ini jelas menunjukkan berkat kerjasama akhirnya pasti menemui kejayaan. Dan, yang paling tidak dilupakan program Kembara Puteri Islam ke Rumah Anak-anak Yatim dan Rumah Anak-anak Autisme. Semoga segala yang dijalankan ini menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan.
Sukacita cikgu mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan. Sesungguhnya bulan ini dinanti-nantikan oleh orang yang beriman.Bulan Ramadhan juga merupakan bulan pesta, bukan pesta beli-belah tetapi merupakan BULAN PESTA IBADAH DAN BULAN BONUS, pahala yang Allah kurniakan berlipat ganda.Oleh itu rebutlah peluang yang Allah berikan kepada kita. Jangan kita alpa dan leka.SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA. Semoga puasa kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumya.
Isnin, 20 Jun 2011
Visi PPIM
MISI PPIM
- Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.
- Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
- Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Langgan:
Ulasan (Atom)